Tuesday, January 11, 2011

First Qulling Card

Ini adalah kad quilling saya yang pertama. Kad ini dibuat sempena harijadi suami pada 9 Jan 2011. Dalam pada tengah berpantang, saya buat sedikit demi sedikit. Sampai mak saya pun tertanya apa yang saya tengah buat. Saya rasa saya boleh buat lebih cantik lagi... :)

Suami saya sangat suka penguin... banyak jugak la collection penguinnya. So untuk tahun ini penguin la temanya...

Kad yang dah siap



Bahan-bahannya



Penguin yang dah dibentuk, dapat buat 2 ekor je...



Tulisan Happy Birthday yang dibuat secara free hand..



Nanti saya upload sampul kad ini...

Saturday, January 1, 2011

Selamat Datang 2011

Tahun berganti tahun, tahun 2011 menjelang tiba. Harapan tahun ini saya dapat menghasilkan satu peniagaan kraf, yang mana hasil kerja tangan saya dan idea sendiri. Banyak juga item di dalam pemikiran saya, tapi saya kena buat sedikit research bagi item tersebut.

Memulakan perniagaan perlu perancangan yang teliti, supaya perniagaan itu dapat bertahan lama.

Semangat, wawasan, misi dan misi perlu ditetapkan. Hanya Allah tempat berserah.