Friday, March 25, 2011

Selempang King and Queen of the Night

Hari Sabtu ada Dinner Kolej, so saya diminta untuk buat selempang King and Queen of the Night. So saya buat 4 keping.

Disebabkan ada kain lebih, saya saje je buat kuntuman bunga dari kain satin ni. Potong bulat kepingan kain dan bakar disekelilingnya, susun dan jahit di bahagian bawah bunga, setiap bunga hanya guna 3 kepingan kain. Kena hati-hati bakar sekelilingnya sebab kain satin ni mudah terbakar. Cumanya saya rasa kain ni lebih senang untuk di bentuk dan tak menghasilkan lebihan hitam semasa dibakar. Mungkin sebab kualiti kain ni, kain ni bukan saya yang beli, bila ditanya pada yang membeli kain ni, dia beli di Gulatis dan harganya RM 12.50 semeter, patutlah elok daripada kain satin yang berharga RM 7.00.





Saturday, March 12, 2011

Cloth Pantyliner

Masa berpantang saya banyak beli pantyliner Kotex, so sehingga bulan 2 pun ada lagi, tapi saya dah nak mula pakai Cloth Pantyliner, menjelang pertengahan bulan 3 disposable pad tu akan abis, so hasil pencarian di web bagaimana nak buat pad ni, so terhasillah pad buatan tangan saya sendiri.


1. Pad yang terdiri daripada lapisan fleece, flannel, wing daripada flannel dan cotton.

2. Pad yang terdiri daripada lapisan cotton, flannel, wing daripada flannel dan fleece.

3. Pad yang terdiri daripada 2 lapisan flannel, wing daripada fleece dan cotton.

Saya guna fleece kerana fleece water resistant, so tak bocor. Tak dapat nak cari kain PUL lagi, tambahan pula arganya mahal, so kena buat kira-kira dulu. Saya tiada snap button yang ada macam kat Cloth Diaper tu, saya guna snap button biasa je.

Nanti saya buat review pasal cloth pad ni ye..

Friday, March 4, 2011

Book Cover

Hai... Kali ni saya buat book cover, ni untuk hubby saya, so materialnya kain jeans, dan kain cotton.
Sebelum saya mula buat saya search dulu tutorialnya, so saya guna tutorial dari Mairuru. Tq Mairuru.


Bahagian kiri book cover yang terbuka.



Bahagian kiri book cover yang tertutup. Ada tape boleh laras untuk ubahsuai mengikut ketebalan buku..


Gambar kedua bahagian kiri book cover yang tertutup.




Tapi malangnya, book cover patut ditambah dalam 1 cm lagi ketinggiannya, sebab tak muat untuk buku yang lebih besar. Walaubagaimanapun.. my hubby kata ok, cantik dan boleh guna. :)