Friday, March 25, 2011

Selempang King and Queen of the Night

Hari Sabtu ada Dinner Kolej, so saya diminta untuk buat selempang King and Queen of the Night. So saya buat 4 keping.

Disebabkan ada kain lebih, saya saje je buat kuntuman bunga dari kain satin ni. Potong bulat kepingan kain dan bakar disekelilingnya, susun dan jahit di bahagian bawah bunga, setiap bunga hanya guna 3 kepingan kain. Kena hati-hati bakar sekelilingnya sebab kain satin ni mudah terbakar. Cumanya saya rasa kain ni lebih senang untuk di bentuk dan tak menghasilkan lebihan hitam semasa dibakar. Mungkin sebab kualiti kain ni, kain ni bukan saya yang beli, bila ditanya pada yang membeli kain ni, dia beli di Gulatis dan harganya RM 12.50 semeter, patutlah elok daripada kain satin yang berharga RM 7.00.





No comments:

Post a Comment