Wednesday, January 4, 2012

Aktiviti pertama di tahun 2012



Aisyah dah nak mula sekolah. So baju yang dia dapat walaupun saiz S tapi still besar untuk dia yang kecil. Jadi yang paling penting seluar kena pendekkan sedikit.

Proses ni boleh buat bila Akif dah tido. Baju Aisyah tak boleh nak pendekkan sedikit sebab benang yang sama warna kain takde. Untuk seluar tu pun guna benang yang lebih kurang hijau dan kena jahit tangan. Tu yang lambat siap.

Sunday, May 8, 2011

Perancangan Jahitan

Bulan Mei tak boleh nak buat apa-apa jahitan pun. Masa banyak habis dengan keluarga. Tapi takpe, tak boleh menjahit, kita boleh merancang untuk menjahit. So ni list yang disediakan untuk memenuhi keperluan.

1. Hubby minta buatkan messenger bag. Tengah survey pattern dan barang-barang yang diperlukan.

2. Cloth Diaper Aisyah tak cukup, lagipun Akif pun nak dipakaikan Cloth Diaper, so kena buat lagi. Semua bahan2 dah disediakan, cuma nak cari atau buat pattern dan boleh la menjahit.

3. Beg sendiri.. Sekarang ni pergi kerja pakai beg yang dapat free semasa membeli belah tu.. tak bestnya. Hubby cakap tukang jahit pun pakai beg recycle. Takpe, takpe.. kain dah cari, pattern dah ada, cuma nak buat je.

4. Nursing Cover - pattern dan kain dah ada. Boning pun dah beli, tapi bila survey kat internet boning pun ada kelebarannya. Yang saya beli saiz 1/2 cm. Tapi takpe, fungsinya tetap sama. Nursing cover ni sangat berguna bila balik kampung husband. Bila ramai orang balik, tempat tersembunyi takde, so bolehlah menyusukan Akif dimana-mana yang selesa. Huhu...

5. Book Cover kena buat lagi dua.

6. Origami drawstring bag pun kena siapkan semua.

7. Tak tahu bila akan period, sebab masih menyusukan Akif. Tapi kena buat preparation kalau tiba-tiba datang period. Bila bahan-bahan nak buat cloth diaper dah ada, boleh la buat sekali cloth pad.

Friday, April 22, 2011

Origami Drawstring Bag

Beg ni saya buat sebab minat sangat dengan tutorial kat blog Mairuru ni. So ini hasilnya.

Sunday, April 10, 2011

Baby Booties

Akif baru 5 bulan, rasanya sesuai kalau saya mula untuk buat baby booties untuk dia. So ni percubaan pertama buat reversible baby booties, dalam gambar ada 2 corak booties tu, kalau perasan corak kereta adalah kain yang sama saya buat sarung tilam dan bantal Akif. :) Guna je kain yang ada.

Lepas ni nak cuba buat pelbagai saiz untuk Akif, Akif tengah membesar so ni la masanya boleh terus nak cuba booties ni kat dia.

Walaupun takde gambar, tapak kasut ni saya buat dari kain yang ada anti slip, kalau Akif dah boleh nak jalan, so booties ni boleh digunakan untuk first step dia.








Friday, March 25, 2011

Selempang King and Queen of the Night

Hari Sabtu ada Dinner Kolej, so saya diminta untuk buat selempang King and Queen of the Night. So saya buat 4 keping.

Disebabkan ada kain lebih, saya saje je buat kuntuman bunga dari kain satin ni. Potong bulat kepingan kain dan bakar disekelilingnya, susun dan jahit di bahagian bawah bunga, setiap bunga hanya guna 3 kepingan kain. Kena hati-hati bakar sekelilingnya sebab kain satin ni mudah terbakar. Cumanya saya rasa kain ni lebih senang untuk di bentuk dan tak menghasilkan lebihan hitam semasa dibakar. Mungkin sebab kualiti kain ni, kain ni bukan saya yang beli, bila ditanya pada yang membeli kain ni, dia beli di Gulatis dan harganya RM 12.50 semeter, patutlah elok daripada kain satin yang berharga RM 7.00.





Saturday, March 12, 2011

Cloth Pantyliner

Masa berpantang saya banyak beli pantyliner Kotex, so sehingga bulan 2 pun ada lagi, tapi saya dah nak mula pakai Cloth Pantyliner, menjelang pertengahan bulan 3 disposable pad tu akan abis, so hasil pencarian di web bagaimana nak buat pad ni, so terhasillah pad buatan tangan saya sendiri.


1. Pad yang terdiri daripada lapisan fleece, flannel, wing daripada flannel dan cotton.

2. Pad yang terdiri daripada lapisan cotton, flannel, wing daripada flannel dan fleece.

3. Pad yang terdiri daripada 2 lapisan flannel, wing daripada fleece dan cotton.

Saya guna fleece kerana fleece water resistant, so tak bocor. Tak dapat nak cari kain PUL lagi, tambahan pula arganya mahal, so kena buat kira-kira dulu. Saya tiada snap button yang ada macam kat Cloth Diaper tu, saya guna snap button biasa je.

Nanti saya buat review pasal cloth pad ni ye..

Friday, March 4, 2011

Book Cover

Hai... Kali ni saya buat book cover, ni untuk hubby saya, so materialnya kain jeans, dan kain cotton.
Sebelum saya mula buat saya search dulu tutorialnya, so saya guna tutorial dari Mairuru. Tq Mairuru.


Bahagian kiri book cover yang terbuka.



Bahagian kiri book cover yang tertutup. Ada tape boleh laras untuk ubahsuai mengikut ketebalan buku..


Gambar kedua bahagian kiri book cover yang tertutup.




Tapi malangnya, book cover patut ditambah dalam 1 cm lagi ketinggiannya, sebab tak muat untuk buku yang lebih besar. Walaubagaimanapun.. my hubby kata ok, cantik dan boleh guna. :)