Showing posts with label sewing. Show all posts
Showing posts with label sewing. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Baby Booties

Akif baru 5 bulan, rasanya sesuai kalau saya mula untuk buat baby booties untuk dia. So ni percubaan pertama buat reversible baby booties, dalam gambar ada 2 corak booties tu, kalau perasan corak kereta adalah kain yang sama saya buat sarung tilam dan bantal Akif. :) Guna je kain yang ada.

Lepas ni nak cuba buat pelbagai saiz untuk Akif, Akif tengah membesar so ni la masanya boleh terus nak cuba booties ni kat dia.

Walaupun takde gambar, tapak kasut ni saya buat dari kain yang ada anti slip, kalau Akif dah boleh nak jalan, so booties ni boleh digunakan untuk first step dia.








Friday, March 25, 2011

Selempang King and Queen of the Night

Hari Sabtu ada Dinner Kolej, so saya diminta untuk buat selempang King and Queen of the Night. So saya buat 4 keping.

Disebabkan ada kain lebih, saya saje je buat kuntuman bunga dari kain satin ni. Potong bulat kepingan kain dan bakar disekelilingnya, susun dan jahit di bahagian bawah bunga, setiap bunga hanya guna 3 kepingan kain. Kena hati-hati bakar sekelilingnya sebab kain satin ni mudah terbakar. Cumanya saya rasa kain ni lebih senang untuk di bentuk dan tak menghasilkan lebihan hitam semasa dibakar. Mungkin sebab kualiti kain ni, kain ni bukan saya yang beli, bila ditanya pada yang membeli kain ni, dia beli di Gulatis dan harganya RM 12.50 semeter, patutlah elok daripada kain satin yang berharga RM 7.00.





Friday, March 4, 2011

Book Cover

Hai... Kali ni saya buat book cover, ni untuk hubby saya, so materialnya kain jeans, dan kain cotton.
Sebelum saya mula buat saya search dulu tutorialnya, so saya guna tutorial dari Mairuru. Tq Mairuru.


Bahagian kiri book cover yang terbuka.



Bahagian kiri book cover yang tertutup. Ada tape boleh laras untuk ubahsuai mengikut ketebalan buku..


Gambar kedua bahagian kiri book cover yang tertutup.




Tapi malangnya, book cover patut ditambah dalam 1 cm lagi ketinggiannya, sebab tak muat untuk buku yang lebih besar. Walaubagaimanapun.. my hubby kata ok, cantik dan boleh guna. :)

Sunday, February 20, 2011

Lovely Clutch

Bila dah buat beg, buat pula clucth yang matching.





Wednesday, February 16, 2011

Lovely Bag

Dah lama nak buat beg sendiri, so kali ni tercapai juga. Susah juga, tapi boleh nak buat.