Sunday, May 8, 2011

Perancangan Jahitan

Bulan Mei tak boleh nak buat apa-apa jahitan pun. Masa banyak habis dengan keluarga. Tapi takpe, tak boleh menjahit, kita boleh merancang untuk menjahit. So ni list yang disediakan untuk memenuhi keperluan.

1. Hubby minta buatkan messenger bag. Tengah survey pattern dan barang-barang yang diperlukan.

2. Cloth Diaper Aisyah tak cukup, lagipun Akif pun nak dipakaikan Cloth Diaper, so kena buat lagi. Semua bahan2 dah disediakan, cuma nak cari atau buat pattern dan boleh la menjahit.

3. Beg sendiri.. Sekarang ni pergi kerja pakai beg yang dapat free semasa membeli belah tu.. tak bestnya. Hubby cakap tukang jahit pun pakai beg recycle. Takpe, takpe.. kain dah cari, pattern dah ada, cuma nak buat je.

4. Nursing Cover - pattern dan kain dah ada. Boning pun dah beli, tapi bila survey kat internet boning pun ada kelebarannya. Yang saya beli saiz 1/2 cm. Tapi takpe, fungsinya tetap sama. Nursing cover ni sangat berguna bila balik kampung husband. Bila ramai orang balik, tempat tersembunyi takde, so bolehlah menyusukan Akif dimana-mana yang selesa. Huhu...

5. Book Cover kena buat lagi dua.

6. Origami drawstring bag pun kena siapkan semua.

7. Tak tahu bila akan period, sebab masih menyusukan Akif. Tapi kena buat preparation kalau tiba-tiba datang period. Bila bahan-bahan nak buat cloth diaper dah ada, boleh la buat sekali cloth pad.

No comments:

Post a Comment