Saturday, March 12, 2011

Cloth Pantyliner

Masa berpantang saya banyak beli pantyliner Kotex, so sehingga bulan 2 pun ada lagi, tapi saya dah nak mula pakai Cloth Pantyliner, menjelang pertengahan bulan 3 disposable pad tu akan abis, so hasil pencarian di web bagaimana nak buat pad ni, so terhasillah pad buatan tangan saya sendiri.


1. Pad yang terdiri daripada lapisan fleece, flannel, wing daripada flannel dan cotton.

2. Pad yang terdiri daripada lapisan cotton, flannel, wing daripada flannel dan fleece.

3. Pad yang terdiri daripada 2 lapisan flannel, wing daripada fleece dan cotton.

Saya guna fleece kerana fleece water resistant, so tak bocor. Tak dapat nak cari kain PUL lagi, tambahan pula arganya mahal, so kena buat kira-kira dulu. Saya tiada snap button yang ada macam kat Cloth Diaper tu, saya guna snap button biasa je.

Nanti saya buat review pasal cloth pad ni ye..

1 comment: