Sunday, December 12, 2010

Petua Dalam Pantang

Hai.. Sebab tak boleh nak menjahit atau buat kerja kraf, entry di blog hanya berkisar keadaan semasa.

Balik kampung untuk berpantang pada minggu kedua selepas bersalin, so beurut mula hari Ahad. Ada beberapa petua yang menarik yang diperolehi dari mak bidan.

1. Untuk banyak susu, serkupkan payudara dengan kelopak kobis. Cam kelakar, sebab bra daripada kobis. hihi. Tak cuba lagi sebab buat masa ni pengeluaran melebihi permintaan.
2. Kalau dah rasa sihat sikit, meniarap pun boleh untuk kempiskan perut. So ni sambil tulis entry ni saya meniarap mengadap labtop.
3. Petua ni bukan dari mak bidan. Seeloknya bagi yang bersalin normal hari pertama selepas bersalin terus buat senaman kagel (senaman otot pelvik).
4. Setelah seminggu di kampung saya dapati, kalau kita berbengkung, kita akan cepat sembuh berbanding tidak berbengkung. Lagipun bukan buat apa selain melayan anak-anak dan menjaga diri. Jadi buat la sehabis baik dan sebanyak mungkin proses-proses mengembalikan diri kepada keadaan yang lebih baik.

Oklah, jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment