Sunday, November 28, 2010

Kemana Menghilang

Saya dah bersalin. Masuk wad hari Selasa 23/11/10, bersalin hari Jumaat 26/11/10. Baby boy, berat 3.58. Tapi masih di wad lagi sebab anak kuning.

Sedih sebab baby terus kena kuning, badan saya pulak belum sihat lagi.Bila kat govenment hospital, kena jaga baby sendiri. Tapi kena kuatkan semangat jugak, kalau tak lagi lama dok kat hospital ni.

Sebenarnya baby terus kena kuning sebab G6PD. Kekurangan enzim G6PD ni menyebabkan pemusnahan sel darah merah dengan cepat, kesan langsung kepada baby baru lahir ialah penyakit kuning. Tahu je baby kena G6PD ni, terus call family tanya sapa ada jugak sebab kekurangan ni adalah dari keturunan. Adik saya yang ada, jadi saya ni adalah pembawa. Sebab lelaki yang akan kena, manakala perempuan pembawa. Abang saya tak kena, so bukan semua adik beradik lelaki akan kena.

Lepas tahu terus pula search kat Internet cari maklumat. Banyak jugak la maklumat yang diperolehi. Alhamdulillah, kalau jaga betul2, baby boleh membesar macam biasa. Cuma dua tahun yang pertama ni kena buat pemantauan yang lebih. Kemudian nanti saya masukkan maklumat yang saya jumpa tentang G6PD ni. Pasal kerja tangan pulak, semua akan diteruskan selepas pantang. Dalam pada tu akan ada juga la post tentang maklumat kerja tangan ni. So, untill next entry.

No comments:

Post a Comment