Wednesday, December 22, 2010
Free Pattern from HomeSpun Threads
This post is to spreading the word for HomeSpunThreads to enjoy free pattern from her blog. I'm just love the shoe pattern. :-)
Sunday, December 12, 2010
Petua Dalam Pantang
Hai.. Sebab tak boleh nak menjahit atau buat kerja kraf, entry di blog hanya berkisar keadaan semasa.
Balik kampung untuk berpantang pada minggu kedua selepas bersalin, so beurut mula hari Ahad. Ada beberapa petua yang menarik yang diperolehi dari mak bidan.
1. Untuk banyak susu, serkupkan payudara dengan kelopak kobis. Cam kelakar, sebab bra daripada kobis. hihi. Tak cuba lagi sebab buat masa ni pengeluaran melebihi permintaan.
2. Kalau dah rasa sihat sikit, meniarap pun boleh untuk kempiskan perut. So ni sambil tulis entry ni saya meniarap mengadap labtop.
3. Petua ni bukan dari mak bidan. Seeloknya bagi yang bersalin normal hari pertama selepas bersalin terus buat senaman kagel (senaman otot pelvik).
4. Setelah seminggu di kampung saya dapati, kalau kita berbengkung, kita akan cepat sembuh berbanding tidak berbengkung. Lagipun bukan buat apa selain melayan anak-anak dan menjaga diri. Jadi buat la sehabis baik dan sebanyak mungkin proses-proses mengembalikan diri kepada keadaan yang lebih baik.
Oklah, jumpa lagi...

Sunday, November 28, 2010
Kemana Menghilang
Saya dah bersalin. Masuk wad hari Selasa 23/11/10, bersalin hari Jumaat 26/11/10. Baby boy, berat 3.58. Tapi masih di wad lagi sebab anak kuning.
Sedih sebab baby terus kena kuning, badan saya pulak belum sihat lagi.Bila kat govenment hospital, kena jaga baby sendiri. Tapi kena kuatkan semangat jugak, kalau tak lagi lama dok kat hospital ni.
Sebenarnya baby terus kena kuning sebab G6PD. Kekurangan enzim G6PD ni menyebabkan pemusnahan sel darah merah dengan cepat, kesan langsung kepada baby baru lahir ialah penyakit kuning. Tahu je baby kena G6PD ni, terus call family tanya sapa ada jugak sebab kekurangan ni adalah dari keturunan. Adik saya yang ada, jadi saya ni adalah pembawa. Sebab lelaki yang akan kena, manakala perempuan pembawa. Abang saya tak kena, so bukan semua adik beradik lelaki akan kena.
Lepas tahu terus pula search kat Internet cari maklumat. Banyak jugak la maklumat yang diperolehi. Alhamdulillah, kalau jaga betul2, baby boleh membesar macam biasa. Cuma dua tahun yang pertama ni kena buat pemantauan yang lebih. Kemudian nanti saya masukkan maklumat yang saya jumpa tentang G6PD ni. Pasal kerja tangan pulak, semua akan diteruskan selepas pantang. Dalam pada tu akan ada juga la post tentang maklumat kerja tangan ni. So, untill next entry.

Sunday, November 21, 2010
Perancangan Kerja Kraftangan
Ada banyak dalam kepala kerjatangan yang nak dibuat.
Saya cuba senaraikan kat bawah ni, akan cuba buat juga lepas habis pantang nanti. Ini juga azam kerja kraf tahun 2011.
1. Siapkan tudung awning yang dah dipotong
2. Buat kad guna teknik quilling
3. Buat semula beg sandang Aisyah
4. Buat satu lagi beg untuk Aisyah
5. Skirt Aisyah
6. Baju tidur Aisyah
7. Buat beg membeli belah
8. Siapkan e-book
8. Projek tudung + manik
Dalam pada tu ada banyak benda yang ingin dipelajari lagi.
1. Bunga Bullion
2. Beg Clutch
3. Mantapkan Crochet
4. Buat Roti
5. Coklat
eee... banyaknya benda nak tahu dan nak belajar... tapi rasa semangat jugak la.
Cuma nak ingatkan jugak, kena ganti puasa (7 + 1). Jangan lupa... hihi

Friday, November 19, 2010
Ape nak buat?
Sebenarnya sekarang ni saya tengah tunggu waktu bersalin, due bersalin dah lepas, 14 November, Ahad lepas. So ni tgh menunggu la...
So sementara menunggu ni macam-macam dalam fikiran nak buat kerja tangan, tapi kena pilih satu je dulu... ikut hati nak menjahit, tapi komitmen macam tinggi, hanya boleh merangcang dan merangka jahitan je dulu...
Yang pasti buat quilling boleh la...
Nanti saya upload quilling yang saya buat.

Thursday, November 18, 2010
Beg Sandang Aisyah
Sebelum ni ada buat beg sandang untuk anak saya Aisyah, sempena birthday dia 17 Oktober lepas, Saya jumpa patern ni di blog Indietutes.
Jadi hasilnya
Beg ni patutnya keras, tapi salah guna interfacing... pertama kali guna, so tak tau nak guna ketebalan interfacing yang mana... rancangnya nak buat satu lagi yang guna interfacing yang lebih keras dan mungkin akan guna patern version kedua dari blog yang sama.
Jadi hasilnya
Depan
Belakang

Wednesday, November 10, 2010
Quilled Rose
Dalam buat Quilling ni ada juga bentuk bunga yang boleh dibuat.
Saya suka sangat kat bunga rose ni, tutorial ada kat Miyyah@Kertas.
Saya akan cuba dan akan tunjukkan nanti.

Tuesday, November 9, 2010
Peralatan Quilling
Qulling ni guna kertas dan ada peralatan yang tertentu boleh digunakan untuk menggulung kertas tersebut.
Sebelum ni saya ukur dan potong kertas sendiri, tapi setelah dapat info dari blog Miyyah@Kertas tentang shredder yang boleh digunakan untuk potong kertas, jadi saya pun simpan angan-angan nak memilikinya. Bulan 10 lepas kebetulan pergi ke IKEA, jadi saya pun mengambil peluang untuk mencari shredder tersebut. Terima kasih kepada suami yang suka nak melayan karenah saya nak ke sana ke mari walaupun perut dah memboyot :-).
So ni gambar shredder yang saya dah beli dan cuba... gembira tak terkata...
Untuk peralatan quilling, saya dah banyak survey di internet, so susah nak cari di KL ni, nak order dari luar mahal la pulak... so saya aplikasikan tutorial yang dibuat oleh Cik Lin dari blognya Lin Handmade Greeting Card untuk buat 'Handmade quilling tool'. Batang buluh ni adalah copstik yang saya ambil di Food Court..
Jadi inilah hasilnya...

Sunday, November 7, 2010
Quilling
Saya dah lama minat dengan quilling ni, masa sekolah dulu selalu jumpa kad-kad yang ada qulling motif, selalunya bunga-bunga la. Timbul tanda tanya dalam hati macam mana nak buat, tapi tak tau macam mana nak cari maklumat, yelah dulu internet takde, nak pegang komputer pun tak tau. Nama kraf ni pun tak tau.. :-)
Sekarang bila dah terjebak dengan internet :-) dan blogging ni, jumpa la macam-macam maklumat dan blog-blog yang ada cerita tentang quilling.
Jadi saya pun mula la buat blog hopping...
Antara blog yang saya admire Miyyah @ Kertas, Lin Handmade Greeting Card, Asma' of Simple Rhyme dan lain-lain lagilah.
Saya juga jumpa banyak bentuk-bentuk quilling yang saya nak cuba.
Nak buat simple-simple dulu. (Gambar-gambar kat bawah di dapat masa buat carian di google, semuanya berada di laman web quilling, tapi tak ingat laman web yang mana.)
Tapi, kalau nak buat bentuk yang diatas tu, kena mahir jugak buat bentuk-bentuk asas quilling.

Pelbagai bunga
Tapi, kalau nak buat bentuk yang diatas tu, kena mahir jugak buat bentuk-bentuk asas quilling.
Thursday, October 28, 2010
Sarung Bantal dan Tilam Baby
Sarung bantal ni buat dua set sempena kelahiran anak kedua saya. Walaupun lagi sebulan tarikh due bersalin, tapi boleh jugak siapkan. itupun dah tertangguh lama... :-P
Tilam pula adalah tilam baby coat, so kena buat sarungnya.
Kenapa dua set, sebab masa anak pertama dulu ada satu je, tak terpikir kalau nak basuh kena la ada satu set lagi untuk digunakan. Jadi kali ni Alhamdulillah dapat buat dua set.
Set 1: Vroom-vroom Blue
Set 2: Green Polka dot

Tuesday, October 26, 2010
Seronoknya
Alhamdulillah... seronok rasanya bila blog ni dah mula nak diisi dengan pelbagai perkara yang berkaitan hasil buatan tangan sendiri dan apa yang diminati. Harap saya sering membuat catatan disini.
So till next entry.
So till next entry.
Subscribe to:
Posts (Atom)